MOTO : Beragama Berilmu Beramal
Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang ( SMKS ) telah bertapak selama 20 tahun dan terletak di tengah kawasan taman perumahan dan berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Senawang yang terletak hampir dua kilometer dari kawasan sekolah . SMKS juga boleh dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar kerana jarak di antara SMKS dengan Bandar Seremban hanya lebih kurang 12 kilometer .
Pada tahun 1989 , SMKS merupakan salah satu daripada tiga sekolah yang baru diwujudkan . Antara sekolah baru yang ada pada masa itu ialah SMK Senawang , SMK Mambau dan SMK Tampin . SMKS telah dibuka pada 1 Januari 1989 dengan jumlah pelajar hanya seramai 122 orang dan hanya mempunyai tiga buah kelas tingkatan satu dan satu kelas peralihan . Antara pelajar yang menuntut di SMKS pada waktu itu datang daripada sekolah - sekolah yang berhampiran iaitu SRK Senawang ( SRKS ) , SRJK(T) Lorong Jawa dan SRJK(C) Rahang .
SMKS pada mulanya ditumpangkan di SRKS pada sesi petang kerana bangunan SMKS sedang dalam pembinaan . Pada bulan Julai 1990 , SMKS telah siap sepenuhnya selepas kira - kira tujuh bulan menumpang di SRKS . Pada waktu itu , hanya terdapat dua buah bangunan tiga tingkat iaitu Blok A dan Blok B .
Pada tahun 1993 , sebanyak tiga lagi blok bangunan telah didirikan . Bangunan tambahan ini sangat diperlukan apabila bilangan pelajar yang mendaftar masuk semakin ramai . Antara blok - blok tambahan yang dibina termasuklah satu Blok Kemahiran Hidup ( dua tingkat ) , dua blok bangunan bilik darjah ( dua tingkat ) , tiga makmal sains tulen serta 1 blok Sains Pertanian . Pada tahun 1996 , sebuah surau yang dinamakan Surau Al - Hannan telah didirikan atas usaha PIBG . Pertambahan bilangan pelajar berlaku dan menyebabkan sesi petang terpaksa dibuka . Sebuah bilik darjah di tingkat dua Blok A diubahsuai menjadi Bilik Komputer ( KDP ) , manakala sebuah bilik darjah di tingkat dua Blok C diubahsuai menjadi Bilik Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta . Pada tahun 1997 , bangunan kantin diluaskan . 2 bangunan telah didirikan iaitu Balai Ilmu ( Bilik Muzik ) dan Balai Gadang ( Bilik Sukan ) , manakala sebuah kelas di tingkat bawah Blok A diubahsuai menjadi Bilik Gerakan . Pada tahun 1998 , SMS telah dinaikkan gred dan menjadi sekolah gred A , manakala jawatan GPK 1 , GPK HEM , Penyelia Petang dan 4 Ketua Bidang diwujudkan . SMS bertukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang . Bilik guru terpaksa dibesarkan dan tiada lagi bilik darjah di tingkat 1 Blok A . Surau Al - Hannan diluaskan pada tahun 2000 .
Pada tahun 2002 , Bilik Guru dipindahkan ke tingkat dua Blok B ( mengambil ruang 4 kelas ) manakala Bilik Guru lama dijadikan Bilik Gerakan baru . Sebuah kelas di tingkat satu Blok E diubahsuai menjadi dewan . Pada tahun 2003 , sebuah kelas di tingkat satu Blok D diubahsuai menjadi Bilik BOSS / SPBT , manakala Bilik Ketua Bidang telah dinaiktaraf bersebelahan Bilik Guru .
Pada tahun 2004 , sebuah kelas di tingkat 2 Blok B diubahsuai menjadi Bilik UPP baru bersebelahan Bilik Ketua Bidang , manakala Bilik UPP lama dijadikan Bilik Bahan Bantuan Mengajar . Kamar Jauhari telah diubahsuai menjadi Bilik Info . SMKS telah berjaya mencatat sejarah apabila menjadi sekolah harian pertama yang mengadakan Majlis Jalinan Kasih dan sehingga kini majlis seperti itu masih dijalankan bagi meraikan kesemua pelajar yang menuntut di SMKS . Akibat desakan teknologi semasa , SMKS telah berjaya mendirikan sebuah makmal ICT ( 2 tingkat ) . Bangunan ini mula beroperasi pada tahun yang sama dan telah dirasmikan secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan .
Pada tahun 2006 , SMKS telah membina satu laluan gajah menyusur untuk memudahkan para pelajar masuk ke dalam kawasan sekolah . Pada tahun 2007 , Bilik SAL telah dirasmikan dan menerima TV Plasma daripada Syarikat Samsung Senawang . Pada pertengahan tahun 2007 , pembinaan dewan telah dimulakan . Dan kini , SMKS telah mempunyai sebuah dewan kebanggan warga SEMSE yang diberi nama Dewan Seri Delima . Pada tahun 2008 , dua kawasan tempat letak kereta pengurusan telah dipindahkan bersebelahan kantin , manakala kantin sekolah telah dinaiktaraf dengan semua lantai dan dinding berjubin . Sebuah bengkel MPV telah dibina untuk menawarkan lebih peluang kepada pelajar menerusi mata pelajaran Seni Reka Tanda .
Dan sehingga kini , SMKS berdiri megah dengan nama SeMSe ataupun akronim keduanya - Semangat Membara Sentiasa Efisien, juga segala kemudahan dan kecemerlangan dari segi kurikulum dan kokurikulum atas kepimpinan Pengetua Cemerlang dan komitmen para guru , ibu bapa pelajar dan juga komuniti setempat .
SEJARAH

LAGU SEKOLAH
Beragama berilmu dan beramal
Cogan kata yang mulia
Sekolah Menengah Senawang
Sekolah Menengah Senawang
Kebanggaan semua
Kami pelajar tinggi cita-cita
Kami pelajar tinggi cita-cita
Berikrar maju dan jaya
Hormati guru ibu bapa
Hormati guru ibu bapa
Junjung rukun negara
Bendera hijau berkibar
Bendera hijau berkibar
Megah di angkasa
Sekolah Menengah Senawang
Sekolah Menengah Senawang
Maju dan jaya
Kami berikrar akan maju jaya
Kami berikrar akan maju jaya
Berakhlak murni dan mulia
Menjunjung cita-cita bangsa
Agama dan Negara